Thursday, November 25, 2010

Keturunan Syeikh Ahmad Al-Zabidi: Hj Mohd Shafie Losong

Seperti yang telah disebut sebelum ini, sejumlah besar keturunan Syeikh Ahmad Al-Zabidi bermastautin di Kedah seperti di Tanjung Maseri Alor Setar, Merbok, Kuala Kangkong, Langgar, Sungai Kedak dan Yan. Di Terengganu pula, sejumlah besar mereka menetap di sekitar Losong Haji Mohd Shafie (Hj Mohd Shafie Losong adalah cucu kepada Tok Subuh Abdul Rahman) yang berhijrah ke Terengganu untuk belajar dari Tokku Paloh (Syed Abdul Rahman Al-Idrus) dan terus berumahtangga dan membuka pengajian pondok di Losong, Kuala Terengganu. Kampung tersebut dikenali sebagai Losong Haji Mohd Shafie sehingga sekarang.

Hj Mohd Shafie hidup sezaman dengan Tok Kenali Kelantan. Tok Kenali pernah berkata: "Tidak ada orang lain (di zaman itu) yang lebih dalam ilmu tasawwufnya dari Hj Mohd Shafie Losong"



Ketokohan Hj Mohd Shafie

Hj Mohd Shafie Losong terkenal sebagai ulama yang sangat warak dan penuh dengan kekeramatan. Sewaktu Terengganu dilanda kemarau pada awal kurun ke-20, pemerintah Terengganu akan bertanya kepada  beliau di mana tempat yang perlu digali perigi kerana tempat yang ditunjukinya biasanya akan mempunyai air.

Beliau selalu berjalan dalam keadaan tunduk bagi menundukkan pandangan dari aurat wanita.  Di sebelah rumah beliau terdapat sebuah pondok kecil tempat beliau bermuqorrobah dengan Allah swt. Beliau adalah pengamal Tariqat Syatariah. Isteri beliau Allahyarhamah Hajjah Su pernah menceritakan di akhir-akhir hayat beliau, Hj Shafie begitu asyik berzikrullah sehingga kadangkala beliau lupa untuk makan, lalu disuap makanan oleh isteri beliau. Begitulah gambaran seorang ulama kekasih Allah. . Sewaktu penaklukan Jepun beliau dilihat menghembus sesuatu ke arah kapal terbang Jepun dan bom tentera Jepun tidak jatuh di sekitar tempat beliau menetap. Beliau pulang ke rahmatullah pada tahun 1947. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana blog tuan telah memberi maklumat yg banyak tentang keturunan saya, yg selama ini saya pun tak tahu. Harap, dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Saya skg berada di Qatar. Ada tak sesiapa keturunan Al Zabidi berada disini?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum sy mntk tolng encik bg kerjasam untuk sy krna sy ingin mrlakukn kajian tntg kg losng haji mat shafie . Pm sy 0139612975 encik amat diperlukan.

      Delete
  4. alhamdulillah...syukur kerana saya juga sebahagian daripada keturunan haji mat shafie yg menetap di area losong. Ada sesiapa ada menyimpan salasilah keturunan tok subuh yg lebih lengkap tak?

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum, saya cicit kpd Hj Mohd Shafei, cucu kpd Hj Abd Wahab, anak kpd Rabiat (panggilan biasa, teh ton). Ada tak salasilah keturunan utk saya mengenali sedara mara saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sy mntk tolng encik bg kerjasam untuk sy krna sy ingin mrlakukn kajian tntg kg losng haji mat shafie . Pm sy 0139612975 . Krjsane encik amat diperlukan.

      Delete
  6. Sy xada kaitan dgn hj mat shafei..tp moyang sy embong che yam tak bai pn tinggal d losong

    ReplyDelete
  7. Saya nak tahu keturunan Ismail, adik Tok Subuh. Saya terdengar cerita mengatakan Hj Mohd Shafei datang ke Terengganu bersama sepupuny Hj Hassan. Isteri ketiga Hj Hassan adalah sepupu kepada isteri Hj Mohd Shafei. Hj Mohd Syafei dan Hj Hassan ini berguru dengan Tokku Paloh. Kebanyakan Keturunan Hj Hassan tinggal di Manir, K.Trg. Manakala keluarga Hj Mohd Shafei tinggal di Losong. Adakah Hj Mohd Shafei ada sepupu nama Hj Hassan?

    ReplyDelete