Tuesday, November 2, 2010

SYAIKH AHMAD AL-ZABIDI AL-YAMANI


PENDAHULUAN

Syaikh Ahmad Al-Zabidi Al-Yamani berasal dari daerah Zabid di negeri Yaman Utara. Zabid terletak agak hampir dengan pantai, tidak jauh dari pelabuhan Hodeidah. Daerah Zabid dikenali sebagai Madinatul Ilmi atau Bandar Ilmu. Terdapat sebuah universiti di Zabid buat masa ini yang dinamakan sebagai University of Zabid. Ramai ulama Islam yang datang dari daerah tersebut. Antara yang terkenal ialah pengarang kitab Ithaf Alsadah Almuttaqin (Syarah Ihya Ulumuddin) iaitu Syaikh Muhammad Al-Hussaini Al-Zubaidi - pengarang Kitab Hadith dari Koleksi Al-Bukhari. Mereka yang berasal dari Zabid dikenali dengan gelaran Al-Zabidi atau Al-Zubaidi.


NASAB BELIAU

Nasab beliau dikatakan sampai kepada salah seorang sahabat Rasulullah. Menurut keterangan sejarah, Zabid merupakan tempat asalnya seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abu Musa al-Asya’ari. Abu Musa telah mendatangi Rasulullah SAW untuk menyatakan syahadah dan pulang semula untuk mengislamkan penduduk Zabid. Kemudian Abu Musa telah menyertai Rasulullah SAW dalam banyak peperangan jihad.

Menurut sejarah lagi antara sahabat Rasulullah yang berasal dari Yaman ialah Huzaifah Al-Yamani sedangkan Muaz bin Jabal pula diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai gabenor Yaman. Orang-orang Yaman dikenali sebagai orang yang berilmu, pejuang Islam dan suka merantau serta berdagang. Manakala Tabiin pula antaranya ialah Imam Malik bin Anas (bapanya dari Yaman) dan Uwais Al-Qarniy yang pernah  Rasulullah berpesan kepada sahabat supaya meminta ia (Uwais) mendoakan mereka jika bertemu beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Ia (Uwais) tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di kalangan penghuni langit." Uwais hidup sezaman dengan Rasulullah s.a.w. tetapi tidak sempat bertemu baginda s.a.w. Oleh yang demikian ia (Uwais) dikategorikan sebagai Tabiin.

PUJIAN RASULULLAH SAW KEPADA AHLI YAMAN

Uqbah bin Amr (Abu Msa`uud) r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Iman itu di sini, sambil menunjuk ke arah negeri Yaman, sedang keras hati dan kekejaman itu ada pada hartawan ternak yang selalu di belakang ekor unta, di tempat keluarnya tanduk syaitan di suku Rabi`ah dan Mudhar." (Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Telah datang kepadamu orang-orang Yaman, mereka itu lebih jinak hatinya dan halus perasaannya. Fiqih itu layak pada orang Yaman dan hikmat itu juga Yamaniyah." (Bukhari & Muslim)

KETURUNAN SYAIKH AHMAD AL-ZABIDI

Keturunan Syaikh Ahmad Al-Zabidi kebanyakannya bermastautin di Kedah iaitu di sekitar Tanjung Maseri Alor Setar, Merbok, Kuala Kangkong, Langgar, Sungai Kedak dan Yan. Di Terengganu pula di sekitar Losong Haji Mohd Shafie (Haji Mohd Shafie Losong adalah cucu kepada Tok Suboh Abdul Rahman) yang berhijrah ke Terengganu untuk belajar dari Tokku Paloh (Syed Abdul Rahman Al-Idrus) dan terus berumahtangga dan membuka pengajian pondok di Losong , Kuala Terengganu. Kampung tersebut kini dikenali sebagai Losong Haji Mohd Shafie.

KETURUNAN SYAIKH AHMAD DI PERAK DARUL RIDZUAN

Di negeri Perak keturunan Syaikh Ahmad bertumpu di kawasan Pantai Remis, Pengkalan Baru dan Taiping. Di antara tokoh yang menonjol dari keturunannya di Perak ialah Haji Nawawi bin Haji Mohd Tahir bin Mohd Amin bin Abdul Rahman bin Syaikh Ahmad Al-Zabidi Al-Yamani.


6 comments:

  1. salam....knp dalam salah silah hj.muhd shafie(losong,terengganu)xde keturanan nyer.....,y lain sume ade....bolehx bubuh.time kasih.

    ReplyDelete
  2. mintak maaf, ada kesalahan sikit yg tu. dah buat pembetulan

    ReplyDelete
  3. Ya... carta tu... saya rasa pun rase begitu.. sebab moyang saya (Abd. Wahab)adik beradik abd. rahim tapi cam anak kepada hj din. satu lagi tu... abd rahim atau lebih dikenali sebagai tok chik Ain (dikalangan orang kampung Losong) sebenarnya namanya Hj. Mohd Yusof Bin Hj. Mohd Shafie. Saya merupakan keturunan ke empat Hj. Mat Shafie.Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Saya dari keturunan Hj Mohd Shafiee. Ahmad (nama saya) bin Jusoh bin Salleh bin Ahmad bin Abd Rahman bin Mohd Shafie bin Mohd Amin bin Abd Rahman (Tok Subuh) bin Syeikh Zubaidi Alyamani.

    Masa kecik kecik dulu nenek saya selalu bercerita mengenai Tok Subuh.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..sye ni muhammad habil bin ishak..cuit kepada tok nyang halimah sungai kedak dok d felda mempga tiga karak pahang darul makmur..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.Bapa saya berasal dari Kuala Kangkung dan tinggal di Yan. Sikit sebanyak saya pernah dimaklumkan berketurunan Al Zubaidi,tapi tak mengetahui secara detail. Salah seorang waris,Ustaz Ghazali Hj Din ada membuka Sekolah Agama yg bernama Sekolah Agama Zubaidiyah di Merbok. Saya senang sekali membaca sejarah ini.

    ReplyDelete